Tadika Rakyat merupakan sebuah inisiatif Brainy Bunch Group bertujuan memberikan perkhidmatan pendidikan berkualiti yang menyasarkan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dari keluarga isi rumah B40.
Tadika ini memberi peluang kepada ibu bapa yang berpendapatan sederhana dalam memastikan anak mereka yang di usia dini mendapat pendidikan berkualiti demi membangunkan karakter insaniah berilmu , beradab dan bersedia meneroka bidang keilmuan formal pasca tadika.