
Inisiatif Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch meningkatkan kualiti Tadika untuk
Keluarga B40.

Boleh Solat Sendiri

Adab yang Tinggi

Asas English yang Kuat
Perbezaan Tadika Rakyat vs Tadika Biasa


3 Aspek Fokus Utama
Tadika Rakyat bertujuan memberikan perkhidmatan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak dari keluarga B40 untuk persediaan anak-anak itu menghadapi masa hadapan.

Mempunyai Nilai ADAB Yang Tinggi
Pembelajaran ilmu agama seharusnya bermula dari usia awal kanak-kanak,oleh sebab itu kami integrasikan silibus dan amalan Islamik terus ke dalam model pendidikan kami.
Kami mahu menghasilkan golongan pemimpin yang beradab dan berakhlak mulia.
Kami mahu anak anda untuk menjadi dinamik dan berintegriti untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.

Amalan Islamik Harian
Kenalpasti 5 Lapisan Kasih Sayang: Sayang Allah SWT, Sayang Rasulullah SAW, Sayang Diri, Sayang Ibubapa, Sayang Syurga.
Melaksanakan amalan Islam melalui demonstrasi.
Menyediakan suasana Islamik di mana mereka boleh praktis Islam sebagai satu gaya hidup.

Amalan Asas Kehidupan
Menyuburkan pembangunan karakter melalui menjadi seorang yang “socially aware & responsible”
Menggalakkan rasa hormat kepada diri sendiri,insan lain dan suasana sekelililing.
Membantu dalam membina harga diri dan keyakinan diri
Nilai Murni Yang Dikongsi

Allah Centred
Segala yang dilakukan haruslah berteraskan apa yang Allah suka dan mengikut sunnah

Determination
Semangat sungguh-sungguh dan sabar menghadapi segala cabaran

Action Oriented
Melakukan Tindakan yang pantas dan konsisten untuk mencapai target yang bermanfaat

Benevolence
Hati yang suka mahu melakukan kebaikan untuk manfaat orang lain