“Tuntutlah Ilmu dari buaian hingga ke
liang lahad”
Tentang Kami
Tadika Rakyat merupakan sebuah inisiatif Brainy Brunch Group bertujuan memberikan perkhidmatan pendidikan berkualiti yang menyasarkan kanak-kanak dari keluarga isi rumah B40. Tadika ini memberi peluang kepada ibu bapa yang berpendapatan sederhana dalam memastikan pendidikan anak mereka di usia dini berkualiti demi membangunkan karakter insaniah berilmu , beradab dan bersedia meneroka bidang keilmuan formal pasca tadika. Tadika Rakyat juga memberi peluang kepada para pengusaha untuk sama-sama menyumbang ke arah pembinaan keperibadian mulia generasi masa hadapan dengan membekalkan pendidikan berkualiti yang “accessible, affordable equitable”.
Visi
Untuk membimbing anak-anak di usia dini dalam mengoptimumkan potensi diri melalui pendekatan ADAB dan HIKMAH
Misi
Menjadi peneraju dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak beserta komitmen melahirkan para pelajar yang mempunyai nilai dan amalan ADAB yang tinggi serta mempunyai kemahiran asas kehidupan